PERANAN TOKOH ISU KEMERDEKAAN NEGARA


Ø  Dato Onn Jaafar





Nama :  YAGESVAREN A/L  RAMOORTY  (12DIP15F2006)
             THINAKARAN A/L G BARATHIMOHAN  (12DIP15F2015)
               

Nama Pensyarah:  USTZ. ZAINUN BT SALLEH

Jabatan: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sesi: Disember 2015
















PENGENALAN

Dari dahulu lagi, Dato’ Onn jaafar hanya diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa kepada negara kerana mengasaskan penubuhan UMNO dan menjadi Yang Dipertua Pertama dari 1946 – 1951. Beliau berjasa menentang dan membubarkan Malayan Union (MU). Sumbangan Dato’ Onn Jaafar dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada hakikatnya tidak boleh dinafikan. Kemerdekaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan Dato’ Onn Jaafar, tetapi sebenarnya ia adalah merupakan hasil asas yang dibinanya.










 LATAR BELAKANG Dato Onn Jaafar







   Ø Latar  keluarga

Dato’ Onn Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru. Bapanya Dato’ Jaafar Haji Muhammad (1838–1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor sementara ibunya, Hanim Rogayah berasal dari Scarcia, Turki. Dato’ Onn Jaafar berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka. Oleh itu beliau mendapat keistimewaan sebagai kerabat raja. Tambahan pula, beliau telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim bin Sultan Abu Bakar (Sultan Johor pada ketika itu) sebagai anak angkatnya dan bergaul dengan kerabat raja Johor sejak kecil. Keluarga beliau merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak lewat abad ke 19 dan sehingga hari ini. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan yang seibu sebapa, sebapa dan juga seibu sahaja.


                                                                                                                            
Ø        ØLatar Pendidikan

Dato’ Onn mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau juga belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim telah membiayai pengajian beliau di England dan beliau merupakan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Dato Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mendalami pengajian Bahasa Melayu.

Ø   ØLatar Hidup Berumahtangga

Dato’ Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921. Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato’ Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Mereka hidup teman-meneman selama 41 tahun sehingga ke akhir hayatnya. Dato’ Onn berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafi’ah, salah seorang anak angkat kepada Dato’ Jaafar. Hasil perkongsian hidup ini lahirlah tiga orang anak perempuan. Mereka ialah Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafi’ah meninggal dunia semasa anak bongsu mereka, Salehah berumur
10 hari. Daripada isteri yang kedua, Dato’ Onn mendapat seorang anak perempuan lagi, tetapi anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri kedua ini. Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato’ Onn mengahwininya pada 1921. Suami Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang saudara tua Dato’ Onn. Setelah isteri pertamanya, Rafi’ah, meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak yag masih kecil, Datin Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato’ Onn tanpa beza-membeza dengan anak-anak kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato’ Onn bersama dengan Datin Halimah ialah Hussein, Ja’afar, Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir. Dato’ Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam urusan rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dato’ Onn menanggap isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai kawan dan teman yang paling damping dalam hidup seseorang manusia. Beliau mengetahui apa yang patut diketahui oleh isteri dan apa yang perlu disampaikan oleh suami kepada isteri untuk pengetahuannya. Dalam masa berehat di rumah atau masa lapang, Dato’ Onn suka sekali berbual-bual dengan isterinya akan hal-hal yang berlaku seharian. Beliau tetap berpegang kepada pendapat bahawa isteri itulah tempat mengadu hal dan mencari keimbuhan hati. Rumah tangga yang bahagia dengan kelamin yang saling kasih-mengasihi sudah tentu dapat melahirkan keluarga yang kasih mesra, sentosa dan bahagia. Dato’ Onn sebagai seorang bapa telah berjaya menanam semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya, baik lelaki ataupun perempuan. Beliau sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan isterinya. Dato’ Onn yakin bahawa sebaik-baik cara membentuk anak adalah dengan cara ibubapa itu sendiri menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang praktis.

Ø    ØLatar Kecemerlangan Ahli Keluarga

Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922-1990) mengikut jejak langkah untuk aktif dalam politik dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke IV dan Perdana Menteri Malaysia ke III (Januari 1976- Julai 1981) manakala cucunya Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein merupakan ahli jawatankuasa tertinggi UMNO dan kini sedang menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. Antara ahli-ahli keluarga Dato Onn lain yang mencapai kecermerlangan dalam kerjaya dan bidang masing-masing ialah anakanda beliau, Lt. Jen. (B) Dato’ Jaafar Onn, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Prof. DiRaja Ungku Aziz Hamid, mantan Naib Canselor Univerisiti Malaya, Allahyarham Prof. Syed Hussein Al Attas, pengasas Parti Gerakan dan mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Syed Naguib Al Attas, pakar ternama falsafah dan pemikiran Islam dan Tan Sri Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara (juga Gabenor Bank Negara wanita pertama di seluruh Commonwealth).

Ø  ØLatar Kepribadian

Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda peperangan. Apabila perang tamat, beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideology politik. Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang telah dibuat. Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat. Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakan seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singapura. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada terkorban dengan sia-sia. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya.


    ØISI
     Peranan tokoh kemerdekaan

Tanah Melayu Selepas Perang Dunia Ke Dua

Tentera Jepun di Tanah Melayu telah menyerah diri pada 12 September 1945 di bangunanPerbandaran Singapura. Pendudukan Jepun telah membawa kesengsaraan dalam semua aspekkehidupan penduduk negara kita. Ia memberi pengajaran kepada kita untuk menolak semuabentuk penjajahan sama ada dari Barat atau Timur. Tanah Melayu mengalami kekosonganpolitik sebaik sahaja tentera Jepun meninggalkan Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya(PKM) melalui cawangan tenteranya yang dikenali sebagai Malayan Peoples’ Anti-JapaneseArmy (MPAJA) telah mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari. Dalamtempoh tersebut, PKM telah melakukan banyak keganasan sehingga menimbulkan keadaanhuru-hara. Pentadbiran Tentera British (PTB) telah menjadi penyelamat kepada huru-hara ini.


Pentadbiran Tentera British (PTB)

Kekalahan British di tangan Jepun dalam tempoh yang singkat menyedarkan British terhadapkelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua. Oleh itu,pentadbiran   bercorak   ketenteraan,   iaitu   Pentadbiran   Tentera   British   (PTB)   telahdiperkenalkan   oleh   British   pada   September   1945.   Pentadbiran   Tentera   British   (PTB)bertujuan melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum Malayan Union diperkenalkan.Selepas penjajahan Jepun, semangat nasionalisme masyarakat menjadi tinggi tanpa mengira kaum.


Malayan Union 1946

Pentadbiran Malayan Union telah diisythiharkan oleh British di King’s House (Carcosa SeriNegara), Kuala Lumpur pada 1 April 1946. Ia telah mengubah status Tanah Melayu daripadanegeri naungan kepada sebuah Tanah Jajahan Mahkota. Pengisytiharan Malayan Union ini secara rasminya menggantikan Pentadbiran Tentera British. Pembentukan Malayan Uniontelah dilihat sebagai salah satu cara yang diguna oleh British untuk mengambil alih kuasaSultan   dan   cubaan   menghapuskan   hak   istimewa   bangsa   Melayu.   Ia   merupakan   bentukpenjajahan secara mutlak dan usaha pihak British untuk mengukuhkan pengaruh politik danekonomi mereka di Tanah Melayu. Ini telah membangkitkan kemarahan orang Melayu danmendorong gerakan nasionalisme Melayu sampai ke kemuncaknya.


Cara Penentang Malayan Union


Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dilihat dalam tiga bentuk, iaitusecara individu,  melalui  akhbar dan   secara kolektif. Ketika  Inggeris kembali ke  TanahMelayu dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu, Dato’ Onn segera menubuhkan Kesatuan Melayu Semenanjung Johoryang   akhirnya   berjaya   menyatupadukan   persatuan   dan   kesatuan   Melayu   seluruh   TanahMelayu bagi menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union. Pada 23Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orangMelayu   mengadakan   kongres   dan   menubuhkan   United   Malays   Organization   (U.M.O.)sebagai pertubuhan menentang Malayan Union. Dato Onn kemudiannya telah menubuhkanKongres Melayu  Se-Malaya  untuk menyatukan  orang Melayu bagi  menentang MalayanUnion. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres secara sebulat suara. Kongres initelah diadakan pada 1 Mac 1946 hingga  3   Mac   1946.  Ia  telah dihadiri oleh 41  buahpertubuhan  Melayu.  Antara  persetujuan yang telah dicapai oleh Kongres tersebut ialahmemulaukan Malayan Union dan berkabung selama tujuh hari dengan memakai songkokyang mempunyai jalur putih. Dato Onn telah memulakan langkah penyatuan Melayu dengantertubuhnya UMNO untuk menentang Malayan Union. Beberapa persidangan dan kongrestelah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11 Mei 1946, UMNO denganrasminya   telah   ditubuhkan.   Dato’   Onn   telah   dilantik   menjadi   Yang   DiPertua.   MelaluiUMNO, beliau menyusun strategi dan aktiviti menentang Malayan Union sehinggga Inggeristerpaksa membubarkannya pada 1 Februari 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.


Penubuhan UMNO

Proses Kemerdekaan bermula apabila Dato’ Onn Jaafar (yang menubuhkan Persatuan Melayu Semenajung Johor pada 3 Januari 1946) berjaya mengumpulkan orang-orang Melayu (yang telahpun menunjukkan ketidak-puasan hati apabila kertas putih Malayan Union 6274, yang diluluskan oleh House of Lords, Westminster telah disiarkan dalam Utusan Melayu, 24 Januari 1946) untuk bersatu teguh sebagai entiti politik Melayu yang kuat. UMNO yang ditubuhkan secara prinsipnya pada 1 Mac 1946 setelah pelbagai persatuan-persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu diwakili dan datang bersidang dan meluahkan pendapat ke atas isu-isu berkenaan. UMNO berjaya ditubuhkan secara rasmi, setelah yang diberi naungan DYMM Sultan Sir Ibrahim Almahrum Sultan Seri Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru. Objektif asalnya ialah untuk menolak Malayan Union dengan mengesa Raja-Raja Melayu yang pada masa itu sudahpun menandatangani Perjanjian MacMichael, dimana British berjaya mendapatkan ‘persetujuan’ seorang demi seorang Raja-Raja Melayu keatas cadangan Malayan Union bermula dari 20 Oktober 1945 sehingga 21 Disember 1946, walaupun ramai baginda Raja-Raja sebenar tidak setuju dengan cadangan Malayan Union ini. Namun pemerintah BMA menggunakan ‘ugutan’ seperti mendakwa Raja-Raja Melayu yang enggan bersetuju dan menandatangani Perjanjian MacMichael ini akan didakwa bekerjasama dengan pihak Tentera Jepun dan diturunkan dari takhta.



Objektif utama UMNO semasa penubuhanya agar Malayan Union yang diisytiharkan pada 1 April 1946 itu ditolak dan gagalkan. Ini kerana Malayan Union mengambil kuasa dan juriduksi sepenuhnya Raja-Raja Melayu (kecuali hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu), proses pemberian kerakyatan yang begitu longgar dan orang-orang Melayu hilang taraf sebagai pribumi selamanya. Dato’ Onn Jaafar telah dilantik menjadi Presiden UMNO yang pertama dari 1946 hingga 1951. Usaha Dato’ Onn seawal Januari 1946 mengumpulkan orang-orang Melayu untuk menentang cadangan Malayan Union mencetus gerakan politik di kalangan rakyat negara ini yang kemudian berjaya mencapai kemerdekaan tiga belas tahun kemudian. Setelah UMNO berjaya ditubuhkan, Dato’ Onn mengetuai orang-orang Melayu dan bermulalah gerakan politik orang-orang Melayu yang didukung sebilangan besar keturunan Melayu sehingga hari ini. Dato’ Onn telah berjasa menentang dan mengbuburkan Malayan Union.

Kebangkitan perasaan tidak puas hati orang-orang Melayu diterajui  Dato’ Onn yang berjaya bermulakan perhimpunan di Batu Pahat pada 10 Februari 1946. Setelah UMNO ditubuhkan, Dato’ Onn berjaya mengesa Raja-Raja Melayu untuk memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pertama dan ini adalah tindakan signifikan kerana pihak Whitehall mula memberikan perhatian serius kepada isu ini. Signifikan moral penubuhan UMNO dan kejayaan menafikan Malayan Union dari diteruskan merupakan kali pertama sekalian hamba rakyat di kalangan orang-orang Melayu mengambil peranan penting dalam proses politik, yang selama ini merupakan peranan, hak dan kuasa mutlak dan eksklusif golongan keluarga DiRaja dan bangsawan sepenuhnya. Ini juga permulaan proses ‘demokrasi’ di Tanah Melayu, di mana sekalian hamba rakyat kemudianya mempunyai hak dan kuasa menentukan masa depan mereka.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Raja-raja dan rakyat Melayu telah menentang habis-habisan Malayan Union sehingga British bersetuju untuk membubarkan Malayan Union. Perundingan itu akhirnya telah melahirkan  Persekutuan Tanah Melayu yang berpelembagaan pada 1 Feb 1948 bagi menggantikan Malayan union. Penubuhan ini adalah kejayaan penting orang Melayu dalam mendapatkan semula kedudukan politik dan maruah mereka di Tanah Melayu. Antara artikel-artikel penting dari Perjanjian Persekutuan itu ialah perwujudan Majlis Raja-Raja Melayu, yang berhak membincangkan soal-soal dasar Persekutuan Talayuh Melayu seperti mengenai kemasukan dan kerakyatan orang-orang dagang, rang undang berkenaan negeri-negeri Melayu dan perkara- perkara yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan itu.

Perjuangan dan Perkembangan UMNO

Apabila UMNO sendiri sebagai wadah dan tunggak utama, perjuangan utama orang-orang Melayu mengalami proses pengalihan tampuk Kepimpinan setelah Dato’ Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua (Presiden) meletakan jawatanya pada Ogos 1951, seorang putera raja, Tunku Abdul Rahman Putra pula diangkat oleh orang-orang Melayu untuk memimpin UMNO. Peralihan ini melihatkan slogan UMNO berubah dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”. Ini bermakna, orang-orang Melayu mula bergerak secara serius untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dari Great Britain.

Pada tahun 1951, Dato’ Onn mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada semua bangsa bagi mengatasi masalah perkauman dalam politik. Cadangan ini telah dibantah oleh ahli UMNO. Dato Onn telah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1951. Perletakan jawatan Dato’ Onn ini merupakan satu kehilangan besar kepada kepimpinan UMNO pada saat itu kerana orang Melayu masih berada di tahap ketinggalan dalam semua bidang pada masa itu.

Dato’ Onn membawa konsep ‘bekerjasama’ dalam perjuangan politik dengan bukan Melayu seawal 1951 namun tidak diterima ahli-ahli UMNO pada masa itu. Maka beliau secara sukarela meninggalkan UMNO pada 28 Ogos 1951 dan menubuhkan Independent Malayan Party (IMP) pada 16 September 1951 sebagai wadah perjuangan politik tanpa kaum dan keturunan. IMP menempa kegagalan, terutama dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur 1952 dan beliau kemudian menubuhkan Parti Negara (PN) pada Februari 1954. PN gagal memenagi sebarang kerusi dalam Piliharaya Umum pertama 1955. Namun begitu, pada Pilihanraya Umum 1959, PM berjaya meraih satu kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri. Dato’ Onn menjadi ‘Ketua Pembangkang’ dalam Dewan Rakyat dengan kemenangan ulung PN ini.


Idea ‘bekerjasama’ yang dipelupuri Dato’ Onn ini akhirnya dilaksanakan oleh penganti beliau Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, apabila UMNO bekerjasama dan kemudian ‘berkongsi kuasa’ dengan MCA dan MIC, dibawah panji Parti Perikatan. Kejayaan ‘berkongsi kuasa’ ini menghasilkan mandat besar bagi Parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1955 dan Tunku menggunakan ini sebagai ‘senjata utama’ dalam rundingan Kemerdekaan dan ianya menunjukkan hasil pada 31 Ogos 1957.

Perjuangan Dato’ Onn Ke Arah Kemerdekaan

Sumbangan Dato’ Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada hakikatnya tidak boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau sebagai pemecahbelah perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan yang amat gairah diperjuangkan oleh orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan seorang tokoh Melayu terulung yang mempunyai wawasan yang begitu jauh. Kemerderkaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan darinya, tetapi sebenarnya adalah merupakan hasil asas yang dibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh Dato’Onn tetap menjadi ikon perintis jalan kepada bangsa Melayu walaupun beliau tidak dianggap sebagai pemimpin Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan. Peranan mencapai Kemerdekaan yang dipelupuri orang-orang Melayu semenjak pasca Perang Dunia kedua dan kemudian sudi dan sanggup bertolak-ansur dan bekerjasama dengan kaum-kaum lain, terutama di bawah prinsip ‘perkongsian kuasa’ perlu difahami, hargai dan hayati. Kejayaan kerana peranan utama yang dimainkan penduduk majoriti Tanah Melayu ini adalah rujukan utama di mana Negara ini bermula. Ini adalah proses mencapai Kemerdekaan sebenarnya dan seluruh warga Malaysia wajar memahami, menghargai dan menghayati proses disamping bersedia mengisi dan mempertahankan Kemerdekaan yang berjaya dicapai itu, dengan seluruh semangat patriotisma.

Dato’ Onn Jaafar telah menyedarkan orang Melayu bahawa Malayan Union adalah satu ancaman yang akan melenyapkan bangsa di tanah airnya sendiri. Pelaksanaan Malayan Union menyebabkan negara ini terus diperintah secara langsung dari United Kingdom dan kita kekal dijajah. Ia bermakna terhakisnya kuasa Raja-Raja Melayu, lenyaplah kerajaan-kerajaan Melayu dan hilanglah identiti Melayu di buminya sendiri. Setiap negeri-negeri Melayu, yang asalnya terdiri daripada kerajaan-kerajaan Melayu dalam sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu, dipecah perintah secara berasingan oleh Inggeris. Kerakyatan terbuka kepada semua orang, tidak kira siapa sahaja yang datang mahu bermastautin di negara ini. Hampir dua tahun lamanya, Dato’ Onn berhadapan dengan Inggeris, memujuk Raja-Raja Melayu, mengumpulkan kekuatan suara dan perpaduan orang Melayu untuk menggagalkan Malayan Union. Gerakan mendesak Inggeris tanpa mengenal jemu dan penat lelah itu, akhirnya membuahkan hasil apabila penjajah akur untuk menguburkan Malayan Union selepas 21 bulan dilaksanakan dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Idea kenegaraan Dato’ Onn diterima oleh Inggeris dalam merencanakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam proses menyediakan perjanjian itu, beliau mengetuai pasukan orang Melayu memastikan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu menjadi dasarnya. Idea ini menjadi teras dalam perjuangan Umno dan orang Melayu, sekalipun beliau meninggalkan parti dalam usaha mencari strategi lain pula untuk mendapatkan kemerdekaan. Beliau menyedari bahawa Inggeris mahu melihat ada kerjasama antara kaum sebagai syarat kemerdekaan, berikutan penentangan terhadap Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, tidak pun mendapat sokongan kaum lain. Dato’ Onn memilih keluar dari UMNO apabila cadangannya membuka pintu parti kepada kaum lain tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Orang Melayu ketika itu berasa ganjil dengan idea tersebut, tanpa dapat memahami ia bertujuan meletakkan semua kaum di bawah satu naungan. Tapi, apabila akhirnya idea pakatan antara parti dicetuskan melalui penubuhkan Perikatan, Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara, namun masa sudahpun beredar dan tidak mengizinkan beliau kembali ke arus perdana.

Begitupun, yang jelas ialah idea kenegaraan Dato’ Onn itu terus diwarisi dan diamalkan oleh kepimpinan UMNO selepasnya. Ia menjadi petunjuk dan panduan dalam pembentukan sebuah negara bangsa. Dari idea perjuangan itulah kita beroleh pengiktirafan sempadan negara kita sendiri apabila mendapat kemerdekaan. Sebab itu, Dato’ Onn tidak sehaluan dengan beberapa pemimpin politik sezamannya, yang cenderung menerima konsep Indonesia Raya untuk mencapai kemerdekaan bersama dengan negara jiran.

Pembentukan negara bangsa menjadi lebih jelas apabila kita dipandu oleh Perlembagaan Negara yang dimasyhurkan pada tahun 1957 sempena menempa kemerdekaan. Asas-Asas Perlembagaan Persekutuan itu diambil bulat-bulat daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang diusahakan oleh Dato’ Onn.  Maka, terbelalah Raja Melayu, terpeliharalah Agama Islam, diiktiraf kedudukan bahasa Melayu dan kekal hak-hak orang Melayu dibuminya. Perkembangan kependudukan di Tanah Melayupun menjadi terkawal dengan adanya peraturan kewarganegaraan. Kaum pendatang yang masuk beramai-ramai di zaman penjajah, ditawarkan keistimewaan sebagai warganegara negara ini dan dilindungi serta mempunyai suara di bawah sistem demokrasi. Ketiga-ketiga ciri utama tadi iaitu kedaulatan sempadan negara, Perlembagaan Negara dan kewarganegaraan adalah asas pembentukan negara bangsa, yang diasaskan perjuangannya oleh Dato’ Onn. Inggeris menerima usaha tersebut dengan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial, yang sudah sekian lama wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Lantas ia berperanan menstabilkan sistem politik negara.



Ø RUMUSAN

Dato’ Onn Jaafar telah gagal dalam perjuangan politiknya. Asas tanggapan ini adalah kerana beliau memilih untuk tidak terus memimpin Umno, dan kerananya tidak pula dapat memimpin negara sebagai Perdana Menteri, sebagaimana penggantinya sebagai Yang Dipertua Umno, Tunku Abdul Rahman. Namun, apakah perjuangan seseorang tokoh politik itu hanya wajar dinilai sebagai berjaya apabila ia memegang tampuk kekuasaan negara? Walhal, begitu ramai pemimpin muncul silih berganti, zaman-berzaman, mencurahkan bakti perjuangan dalam sejarah panjang pembentukan negara kita, yang bebas lagi merdeka ini.

Umno Johor mengangkat Dato’ Onn sebagai tokoh yang perlu diberikan tempat yang sewajarnya sempena 60 tahun usia parti, kerana baktinya sebagai pelopor perjuangan kemerdekaan. Dato’ Onn bukan teraju negara apabila tanahair ini merdeka pada 1957, tetapi beliau meninggalkan pengaruh dan pemikirannya sebagai warisan kepada bangsa.
Walaupun Dato’ Onn dalam sejarah politiknya keluar dari Umno, pernah menubuhkan dua parti lain, menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan, tetapi inti perjuangannya terpahat dengan teguh. Laungan perjuangan Hidup Melayu yang dicetuskannya, lebih 60 tahun lalu, tidak sekadar satu slogan, tetapi sarat dengan isi perjuangan membela kedudukan Raja-Raja, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak istimewa orang Melayu.  









1 comment: