PENGAJIAN MALAYSIA





PERANAN TOKOH ISU KEMERDEKAAN NEGARA

Ø  Tunku Abdul Rahman





Nama :  YAGESVAREN A/L  RAMOORTY  (12DIP15F2006)
             THINAKARAN A/L G BARATHIMOHAN  (12DIP15F2015)
               

Nama Pensyarah:  USTZ. ZAINUN BT SALLEH

Jabatan: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sesi: Disember 2015















PENGENALAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang pemimpin yang digeruni oleh rakyat Malaysia ketika zaman pemerintahannya dahulu, kini dan selamanya. Beliau telah meninggalkan satu nostalgia buat rakyat Malaysia khususnya dalam pengorbanan beliau sebagai seorang yang memperjuangkan kemerdekaan agar rakyatnya merasai keamanan yang tidak berbelah bahagi lagi. Beliau adalah seorang tokoh yang sangat berjasa bukan sahaja kepada rakyatnya malah juga buat bangsa dan negara. Pengorbanan beliau kepada negara telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan ” dan “BapaMalaysia”.
 

Kecerdikan beliau dalam menangani segala masalah rakyat dan negara telah menyebabkan akhirnya Tanah Melayu yang dahulu dijajah oleh beberapa kuasa asing bermula tahun 1511 sehingga 1957 iaitu selama 446 tahun yang merupakan suatu tempoh yang agak lama negara kita dijajah. Dalam tempoh ini rakyat Tanah Melayu dikatakan hidup dalam suasana yang „terkongkong‟ oleh kuasa asing yang sentiasa mengawal segala gerak –geri rakyanyat serta mengaut kekayaan Tanah Melayu dan dihantar ke negara asal mereka untuk dibangunkan sedangkan, orang-orang di Tanah Melayu sendiri yang berusaha mencari kekayaan tersebut. Walaubagaimanapun, akhirnya Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah pada 31 Ogos 1957. Ini kerana bagi beliau untuk mencapai kermerdekaan dan keamanan tidak perlu dengan kekerasan tetapi cukup dengan perundingan dan perbincangan. Melalui prinsip beliau, akhirnya Tunku berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan dapat menyatukan semua kaum di Malaysia yang terdiri dari tiga kaum utama iaitu Melayu, China dan India serta lain-lain.


LATAR BELAKANG Tunku Abdul Rahman





Ø Latar Peribadi

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh serta anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, iaitu Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.



Ø Latar Pendidikan 




Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.


Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana  dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel,  Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan.

Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.


 Ø Latar Keluarga

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.





Ø Kerjaya politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.


Ø Laluan ke kemerdekaan

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.


Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.





Ø  ISI
  Peranan tokoh – tokoh kemerdekaan
1.  Perjuangan mencapai kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957  adalah hasil usaha yang dilakukan oleh pemimpin masyarakat  yang berwibawa dan berdedikasi.
2.  Hasil perundingan dan kebijaksanaan mereka,negara kita telah mencapai kemerdekaan tanpa melibatkan pertumpahan darah.
3.  Kerjasama dan perpaduan juga adalah penting bagi  membuktikan bahawa walaupun negara kita terdiri daripada  masyarakat pelbagai kaum,kita masih boleh hidup dalam suasana  harmoni.
4.  Antara tokoh penting yang memainkan peranan untuk mencapai  kemerdekaan negara ialah Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj, Tun Abdul Razak, Tun H.S. Lee, dan Tun V.T. Sambanthan.

Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj

  •    Beliau menggantikan Dato’ Onn bin Ja’afar sebagai Presiden UMNO.
  •    Beliau telah berjaya membawa rombongan ke meja   perundingan bersama–  sama pegawai British dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan negara.
  •    Beliau juga merupakan Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
  •    Kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum telah membolehkan negara mencapai kemerdekaan tanpa menumpahkan darah.
  •    Beliau telah diberi gelaran Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Ø   RUMUSAN

Tunku telah banyak menyumbangkan jasa dan baktinya kepada negara sejak dari beliau berkhidmat dengan kerajaan selepas mula-mula beliau tamat pengajiannya tahun 1931 sehinggalah ke akhir hayat beliau tahun 1990. Walaupun beliau menamatkan tempoh pemerintahannya pada tahun 1970, namun beliau masih lagi memperjuangkan bangsa negaranya melalui hasil karyanya sehingga kini hasil karya beliau masih digunakan dan dijadikan rujukan oleh sejarawan dan pengkaji-pengkaji negara. Kejayaan Tunku dalam ‘menebus’ kemerdekaan dari jajahan Inggeris memang boleh dibanggakan kerana Tanah Melayu merupakan satu-satunya negara yang dapat mencapai kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah.



Sungguhpun beliau bukanlah perintis kebangkitan politik Melayu dalam UMNO seperti Dato “Onn dan rakan-rakan seperjuangan UMNO 1946 namun, warisan parti yangditerajui Tunku bukanlah sebuah lombong emas. Tunku seorang yang berjiwa rakyat telahsanggup berkorban darjatnya sebagai anak raja untuk turun padang bersama-sama rakyatnyabagi merealisasikan perjuangan UMNO. Sungguhpun Tunku telah menerima kritikan yangdasyat selepas peristiwa 13 Mei 1969 iaitu disebabkan pergaduhan antara kaum Melayudengan Cina sehingga Tunku meninggalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri namun,tiada sebab untuk kita menafikan beliau yang turut sekian banyak jasa dan bakti yangsebahagian daripadanya telah menjadi khazanah dan keagungan yang menjadi milik dan kebanggaan generasi hari ini.






Ø RUJUKAN

 Buku rujukan Pengajian Malaysia
                                -





No comments:

Post a Comment